GAMBAR KELAS 5 DILLIGENT
TAHUN 2010 / SENIOR YEAR
Mereka adalah keluarga saya di sekolah , kami bersama selama 2 tahun .. dari tingkatan 4 sehingga tingkatan 5 . Kelas kami adalah kelas yang sangat unik dan kadang-kadang tu susah nak di tegur , terutama cikgu yang baru masuk ke kelas kami.. Kami semua sangat anti kepada cikgu yang suka memaksa kami dan mengajar kami dengan kekerasan.. ..Ya la , sapa juga yang mahu diajar dengan kekerasan.. Cikgu kesayangan kami dan yang selalu di rindui adalah guru kelas kami , iaitu Cikgu Johnlain..
Beliau selalu memarahi kami dengan bahasa , perkataan dan sebutan yang sangat unik , antaranya "SAYA SUMPIT KAMU NANTI" ... .. ianya tidak pernah terkeluar dari mulut orang lain.. ianya juga selalu diingati oleh sesiapa sahaja yang pernah mendengarnya terutama kami anak muridnya.
Terkadang kami juga merasa bersalah kerana selalu mempermainkan beliau dengan cara dan perkataan yang keluar dari mulut beliau.. .
Hal yang paling dirindui adalah kejasama kami sekelas . Contohnya apabila semua kelas wajib menghantar wakil untuk mana-mana acara . Contohnya pada bulan Merdeka yang lepas .. setiap kelas wajib menyertai pertandingan koir . . mulanya memang kecoh nak cari lagu untuk dipersembahkan.. lama kelamaan apabila kami sekelas berkumpul bersama dan berbincang.. semua yang sulit menjadi senang.. kami memilih lagu TANAH PUSAKA yang di remixkan dengan dua lagi lagu kebangsaan 1 Malaysia iaitu SETIA dan SEJAHTERA MALAYSIA. .Waktu itu kami memang tidak memikirkan tentang menang mahupun kalah .. , apa yang kami inginkan adalah menjadi kebangaan guru kelas kami iaitu cikgu Johnlain.. Kami mahu beliau tahu bahawa kami ini bukan sekadar anak murid beliau yang hanya boleh membuat beliau marah sahaja..tapi kami juga mahu beliau bangga dengan kami.. Mulanya beliau tidak yakin dengan kemampuan kami, .
Apa yang saya rindui adalah apabila kami semua berkumpul bersama dan mendengar kata-kata yang memberi semangat kepada kami sebelum kami naik ke pentas. .Kami berdoa bersama-sama ., kami saling memberi semangat antara satu sama lain.. semua kejadian tersebut menjadikan kami sangat rapat dan membuatkan kami semua saling sayang menyayangi antara satu sama lain .. Apabila keputusan dari juri menyatakan kami adalah naib juara.. kami melihat ke arah guru kelas kami dan saya dapati bahawa beliau mengeluarkan air mata .. kami semua sangat gembira..kami telah melakukan yang terbaik buat diri kami dan untuk cikgu kami.. Semua ini kami lakukan buat beliau.. agar beliau tidak merasakan yang beliau hanya boleh marah sahaja apabila bersama kami .. tapi yang kami inginkan adalah kebahagiaan beliau bersama kami selama ini..
Setiap detik , saat , minit ,jam adalah sangat bererti kepada saya.. setiap gelagat , gelak ketawa adalah selalu terindah.. apa yang saya tidak boleh lupai adalah suara sahabat-sahabat saya.. terutama apabila menyanyi.. tiap hari dalam kelas.. kami selalu didendangkan oleh seorang sahabat dengan nanyiannya.. Ervy selalu dimarahi oleh seorang cikgu yang bernama cikgu Sim, beliau adalah guru pendidikan moral kami.. kami sekelas yang mengambil mata pelajaran tersebut sangat membenci suara beliau.. penampilan beliau juga selalu menjadi ejekan kami semua.. kami mengelar beliau dengan gelaran Cikgu sotong.. kerana rambut beliau seperti kaki-kaki sotong yang terburai..
Kami mula insaf atas semua perbuatan yang telah kami lakukan selama ini setelah Majlis Restu Ilmu..
kami meminta maaf atas segala yang kami lakukan kepada semua cikgu yang pernah mengajar kami.. terutama kepada cikgu Johnlain dan cikgu Sim..kerana antara banyak-banyak cikgu , mereka berdua lah yang selalu ada masalah dengan kami terutama cikgu Sim..
Setiap kejadian di dalam kelas adalah amat terindah buat saya dan akan saya ingati sampai bila-bila..
.................................................................................................











